Akar
Akar

Akar

Akar ialah satu organ yang paling penting di dalam tumbuhan. Jika diperhatikan dengan teliti, akar berbeza daripada satu jenis tumbuhan kepada jenis tumbuhan yang lain sama ada dari fungsi dan sistem akar berkenaan.Bagi pokok vaskular, akar adalah organ tumbuhan yang pada kebiasaannya terletak di bawah permukaan tanah (berbanding dengan batang pokok). Bagaimanapun, ia bukannya satu kemestian kerana terdapat juga akar udara (aerial) (iaiut, tumbuh di atas permukaan tanah) atau aerating (iaitu, tumbuh atas permukaan tanah atau terutamanya di atas permukaan air). Pada masa yang sama, batang pokok yang biasa terdapat di bawah tanah juga merupakan perkara yang biasa (lihat rizom). Jadi, adalah lebih baik untuk mengistilahkan akar sebagai bahagian pokok yang tiada daun, dengan itu juga ketiadaan Node. Dua fungsi utama akar adalah 1) penyerapan air dan galian bukan organik dan 2) mengikat pokok kepada tanah.