Akatsuki_(Naruto)
Akatsuki_(Naruto)

Akatsuki_(Naruto)

Dalam Naruto, Akatsuki (暁, Fajar) merupakan organisasi jenayah yang terdiri daripada ninja pelarian Kelas-S dan sangat dikehendaki oleh dunia ninja. Objektif utama mereka adalah untuk mengumpulkan ke semua biju atau "Makhluk Berekor" untuk tujuan menguasai dunia. Walaupun pada mulanya Akatsuki hanya memainkan peranan kecil dalam Bahagian I, namun pada Bahagian II mereka telah menjadi watak antagonis utama siri ini.Ahli Akatsuki (pada bila-bila masa) tidak akan melebihi sepuluh orang anggota dan mereka disenaraikan sebagai ninja pelarian kelas-S oleh kampung mereka. Ahlinya sentiasa bergerak dalam kumpulan berdua kecuali Zetsu yang berperanan sebagai perisik atau peninjau kepada organisasi tersebut dengan menggunakan kebolehan unik yang dimilikinya untuk kelebihan organisasi tersebut. setiap pasukan mesti berfungsi dengan baik, ataupun sekurang-kurangnya perlu menyempurnakan misi yang diberi walaupun anggota setiap pasukan memiliki perbalahan di antara mereka. Semua ahli organisasi ini jarang berkumpul bersama seperti yang dilihat dalam penghujung Bahagian I apabila seorang ahli menyatakan bahawa ia merupakan perjumpaan pertama mereka selepas perjumpaan kali terakhir pada tujuh tahun yang lalu.Jaringan Akatsuki sangat luas, merangkumi beberapa negara ninja dengan bantuan ejen-ejen rahsia mereka di banyak tempat. Apabila sesebuah pasukan berjaya mendapatkan makhluk berekor seperti yang diarahkan, mereka perlu segera mengurungnya. Semua ini dilakukan di dalam kubu rahsia mereka yang dikelilingi dengan pelbagai perangkap. Proses pengurungan ini memerlukan masa selama tiga hari untuk disempurnakan.