Akim_&_The_Majistret
Akim_&_The_Majistret

Akim_&_The_Majistret

The MajistretAkim & The Majistret (ATM) ialah sebuah kugiran muzik rock yang semakin dikenali dalam bidang muzik arus perdana Malaysia sejak 2014 dengan lagu "Mewangi". Semenjak dibentuk pada tahun 2014 sebagai eksperimen hasil cetusan idea Akim Ahmad, kugiran ini telahpun melancarkan album studio sulung mereka, Patriot pada Ogos 2015. Lagu "Mewangi" dan "Potret" yang disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta lagu stesen-stesen radio di Malaysia.Single kedua Akim & The Majistret iaitu "Potret" telah meraih kejayaan terbesar dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) apabila mereka berjaya membolot anugerah Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu menewaskan lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir) di tempat kedua dan lagu "Hanya Nama-Mu" (Caliph Buskers) di tempat ketiga.Pada 2016, terdapat kekeliruan tentang lagu Hanya Padamu di mana lagu itu telah dimuat naik menerusi Spotify, Youtube, JOOX dan sebagainya dengan tetapan nama " Akim & The Majistret " . Namun, setelah pemberitahuan secara rasmi oleh vokalis kumpulan ini di stesen radio Hot FM, lagu tersebut merupakan lagu solo vokalis itu sendiri iaitu Akim Ahmad .ATM di jangka bakal mengeluarkan album terbaru mereka yang di beri nama PLANET ATM pada tahun 2019 , selepas single "Rampas" di keluarkan pada September 2018 , single terbaru mereka yang berjudul "Yang Satu" dikeluarkan pada 18 Ogos 2019ATM juga telah mengeluarkan single terbaru mereka berjudul "Stereotype" , hasil gandingan Akim Ahmad dan Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq [1].September 2019, Zimi (Gitar), Afiez (Keyboardist) & Rajwan (Digital Drum) meninggalkan Akim & The Majistret