Akta_Tandatangan_Digital_1997

Akta Tandatangan Digital 1997 adalah akta yang dibuat untuk memberi keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi elektronik yang selamat di peringkat tempatan dan antarabangsa. Akta ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998. Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan identiti penghantar dan mesej yang dihantar. Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil daripada pihak berkuasa sijil perlu diperolehi. Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai pengesahan bahawa mesej adalah benar sepertimana yang dihantar dan diterima.