al-Malik al-Afdal bin Badrul Jamali Syahansyah (
Bahasa Arab: الأفضل شاهنشاه بن بدر الجمالي);
'Akka,
1066 -
11 Disember 1121) adalah
wazir Khalifah Fatimiyyah di
Mesir.Beliau adalah putera
Badr al-Jamali, seorang
Mamluk Armenia. Badr adalah
wazir Fatimiyyah di
al-Qahirah dari tahun
1074 hingga kematiannya di tahun
1094, ketika anaknya menggantikannya.
Khalifah Ma'ad al-Mustanshir Billah meninggal setelah itu, dan al-Afdhal menunjuk
al-Musta'li yang masih kanak-kanak sebagai khalifah dan bukan abangnya al-Mustali,
Nizar, yang telah dicalonkan sebagai penggantinya. Nizar memberontak dan dikalahkan; pendukungnya, dipimpin oleh
Hasan Shabbah, lalu lari ke barat, di mana Hassan mendirikan
Hashshashin.Pada waktu itu, kekuasaan Fatimiyyah di
Palestin telah merosot akibat datangnya
Turki Seljuk. Pada tahun
1098 al-Afdhal mengambil alih
Baitulmuqaddis dari Seljuk, dan mengusir gabernor
Ortoqidnya ke tempat seorang Fatimiyah. Di tahun berikutnya, Baitulmuqaddis ditakluki oleh
Tentera Salib; al-Afdhal awalnya tidak ambil endah pada mereka, lalu beliau berpendapat bahawa mereka adalah
saudagar Byzantine dan akan berguna dengan penaklukan
Antioch dari
Turki Seljuk. Namun ternyata ia salah, sebab mereka juga musuh Fatimiyyah. Ketika nampak jelas bahawa Tentera Salib takkan pergi hingga mendapatkan kendali kota, al-Afdhal berbaris dari
Kaherah, namun terlambat untuk membebaskan Jerusalem, yang jatuh pada tanggal
15 Julai 1099. Pada tanggal
12 Ogos, Tentera Salib telah mengejutkan al-Afdhal dalam
Pertempuran Ascalon dan mengalahkan pasukannya sepenuhnya. Al-Afdhal berbaris tiap tahun untuk menyerang
Kerajaan Jerusalem yang baru didirikan, dan pada tahun
1105 cuba bersekutu dengan
Damsyik terhadap mereka, namun dikalahkan di
Ramallah. Tentera Salib tetap di kota itu hingga kedatangan
Salahuddin al-Ayyubi beberapa dekad kemudian. Al-Afdhal juga memperkenalkan reformasi pajak (iqta) di
Mesir, yang bertahan hingga
Salahuddin al-Ayyubi menduduki Mesir. Al-Afdhal dijuluki dengan gelaran Jalalul Islam ("kemuliaan
Islam") dan Nashiruddin ("Penolong Agama"). Beliau dibunuh pada tahun
1121 dan digantikan oleh Al-Bata'ihi.