Al-Masih (
Bahasa Arab:
المسيح atau Messiah adalah gelaran penyelamat atau pembebas bagi sekumpulan orang, biasanya dalam agama-
agama samawi. Dalam
Kitab Bible Ibrani, Al-Masih (atau Mashiach) adalah seorang raja atau Imam Besar tradisional yang disalep dengan minyak pengurapan suci. Perkataan al-Masih secara harfiah bermaksud "Orang yang disapu (dengan minyak di kepala)".Terjemahan kata Ibrani Mašíaḥ sebagai Χριστός (Khristós) dalam
Septuagint Yunani
[1] menjadi penetapan yang diterima oleh masyarakat
Kristian dan gelaran
Jesus. Kristian percaya bahawa ramalan dalam Alkitab Ibrani (terutamanya Isaiah) merujuk kepada penyelamat rohani dan percaya Jesus sebagai Al-Masih (Christ).
Orang Yahudi pula percaya bahawa Al-Masih Yahudi adalah seorang pemimpin yang diurapi oleh
Elohim, secara fizikal turun daripada keturunan
Raja Daud, yang akan memerintah suku-suku kaum Israel
[2] dan menandakan Zaman Mesianik dan keamanan global juga dikenali sebagai 'Dunia akan Datang'.Hadis
Islam menegaskan bahawa
Nabi Isa a.s. ibni Maryam, ialah Nabi dan Al-Masih yang dihantar kepada
Bani Israel yang dijanjikan, dan bahawa baginda sekali lagi akan kembali ke Bumi pada
Hari Kiamat, bersama-sama dengan
Imam Mahdi, dan mereka akan mengalahkan
Masih-Al-Dajjal, iaitu "Masih palsu" atau
Anti-Al-Masih.
[3] Nabi Isa akan menyatukan umat Islam di bawah tujuan yang sama iaitu menyembah Allah mengikut ajaran Islam yang sebenar, dengan itu menamatkan perpecahan dan penyelewengan.