Pemerintahan Al-Sultan_Abdullah_Ri'ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019. Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung di Istana Negara pada 30 Julai 2019, tujuh bulan selepas baginda menaiki takhta.

Rujukan

WikiPedia: Al-Sultan_Abdullah_Ri'ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-h... http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris... http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2010/... http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persan... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/biodata-t... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-ab... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-ab... http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=2... http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01...