Al-Sultan_Abdullah_Ri'ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Haji_Ahmad_Shah_Al-Musta'in_Billah

YAM Cik Puan BesarYAM Tengku Arif BendaharaYAM Tengku Seri Nila UtamaYBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
YAM Tunku Puteri Negeri SembilanYM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu BakarYM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu BakarAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj (diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.[1][2] Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.[3][4]Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.[5]