Pemerintahan Al-Sultan_Abdullah_Ri'ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Haji_Ahmad_Shah_Al-Musta'in_Billah

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.