Alarm_Me
Alarm_Me

Alarm_Me

Kumpulan Alarm Me merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan AlarmMe telah ditubuhkan secara rasminya pada 11 September 1999, lahir daripada sebuah kelab unit kebudayaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang di namakan Kelab Aspirasi Budaya. AlarmMe bermaksud remind me dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kejutanku. Maksud kedua dalam bahasa Melayu ialah rasailah atau alamilah dan dalam bahasa Arab pula ia membawa dua pengertian antarabangsa atau sejagat dan duniaku.Kehadiran AlarmMe bukan bermaksud ingin mencabar sesiapa, tetapi sekadar ingin memanfaatkan bakat yang ada dan cita-cita yang kuat untuk berjaya di dalam industri ini bagi membangkitkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara menerusi lagu-lagu yang berinformasi, merdu, berwawasan dan berkualiti. Setakat ini, dua album AlarmMe telah muncul di pasaran. Album pertama “Alami” terbitan Rapsodi Kristal muncul di pasaran pada tahun 1999 sementara Album “Menggapai Harapan” mula memasuki pasaran semenjak bulan April 2004. AlarmMe juga aktif menerbit / mencipta lagu & album selain dua album yang disebutkan. Antara lain adalah lagu-lagu dasar Kerajaan Negeri Selangor - Berjudul Bina Insan Cemerlang Selangor (6M) dan (4E) Era Globalisasi. (Lagu-lagu ini kemudiannya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor untuk dialbumkan dan diputarkan di Radio M'sia Selangor). Selain itu, AlarmMe juga banyak terlibat dalam penciptaan lagu, penulisan lirik, penggubahan, penyusunan vokal berkumpulan, penerbitan album-album sekolah, album-album kerohanian (zikir, selawat, do'a dsb), lagu-lagu anthem/tema badan korporat, NGO, Universiti, kolej, lagu-lagu iklan TV & radio singapura (MUIS) dll.

Alarm_Me

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Vokal
Pengkarya berkait Berkumpulan
Laman sesawang Lirik lagu]
Genre Nashid
Tahun aktif 1999 - 2008