Album_Pop_Etnik_Terbaik_Anugerah_Industri_Muzik

Album Pop Etnik Terbaik atau pernah dikenali sebagai Album Tradisional Terbaik, Album Pop Tradisional Terbaik dan dipecahkan ke sektor Dangdut menerusi kategori Album Dangdut Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada pasukan produksi rakaman album bergenre pop etnik / tradisional terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penerbit dan artis rakaman secara tidak konsisten sejak 1994 hingga 2008 . AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).