Albus_Dumbledore
Albus_Dumbledore

Albus_Dumbledore

Albus Percival Wulfric Brian Dumbledore (Tulisan Jawi: البوس ڤرسيۏال وولفريك براين دمبلدور; lahir 1881 - mati Jun 1996) merupakan salah satu watak di dalam novel bersiri Harry Potter yang ditulis oleh J. K. Rowling yang memegang jawatan Pengetua Sekolah Sihir Hogwarts. Beliau adalah seorang ahli sihir yang bijaksana dan paling dihormati di dunia Sihir. Beliau berperanan sebagai pembimbing atau mentor kepada watak utama dalam siri itu, iaitu Harry Potter seperti mana konsep perwatakan Merlin atau Gandalf. Beliau selalu mengambil berat terhadap Harry Potter dan memberikan dorongan kepada Harry lebih dari yang lain. Hal ini berlaku kerana kepercayaan beliau yang Harry adalah satu-satunya orang yang diharapkan untuk menghapuskan Lord Voldemort, walaupun beliaulah satu-satunya yang ditakuti ahli sihir jahat itu. Beliau juga merupakan pengasas dan ketua Kumpulan Phoenix yang ditubuhkan bagi menentang Lord Voldemort dan konco-konconya.Perkataan "Albus" berasal dari bahasa Latin yang bermaksud putih yang lazimnya melambangkan kebaikan. "Dumbledore" pula bermaksud "lebah yang sibuk" kerana pengarang membayangkan watak Dumbledore ini bersenandung ketika melalui dewan-dewan Hogwarts.[1]

Rujukan

WikiPedia: Albus_Dumbledore http://www.365gay.com/Newscon07/10/102007potter.ht... http://www.bloomsbury.com/harrypotter/content.asp?... http://www.ew.com/ew/article/0,,1123317_2,00.html http://www.jkrowling.com/textonly/en/wotm.cfm http://www.mugglenet.com/app/news/full_story/1497 http://www.nydailynews.com/gossip/2007/10/19/2007-... http://www.accio-quote.org/articles/1999/0399-barn... http://www.accio-quote.org/articles/2000/1000-scho... http://web.archive.org/web/20070630121956/http://w... http://www.the-leaky-cauldron.org/2007/7/30/j-k-ro...