Alessandro_Volta
Alessandro_Volta

Alessandro_Volta

Alessandro Giuseppe Antonio Anastasio Volta ([alesˈsandro ˈvɔlta]; 18 Februari 1745 – 5 Mac 1827) merupakan seorang ahli fizik, ahli kimia dari Itali yang dianggap sebagai seorang perintis elektrik dan kuasa[2][3][4] atas kejayaan beliau mencipta bateri elektrik dan menemukan gas metana. Beliau mencipta cerucuk Volta pada tahun 1799 serta melaporkan hasil eksperimennya pada 1800 melalui sepucuk surat dua helai yang dihantarkan kepada Presiden Persatuan Diraja London.[5][6] Ciptaan Volta membuktikan bahawa elektrik boleh dihasilkan melalui tindak balas kimia seterusnya menghapuskan teori lazim sebelumnya bahawa elektrik hanya boleh dihasilkan semata-mata oleh makhluk hidup. Ciptaan tersebut menjadi penemuan saintifik yang paling diamati sehingga mendorong para saintis menjalankan eksperimen yang sama yang akhirnya membawa kepada pembangunan bidang elektrokimia.Ciptaan Alessandro turut menarik perhatian Napoleon Bonaparte sehingga Volta diundang ke Institut Perancis untuk menunjukkan ciptaannya kepada ahli-ahli Institut tersebut. Volta menjadi akrab dengan Maharaja Perancis itu sepanjang hidupnya, dan beliau diberikan banyak penghormatan diraja. Alessandro Volta menduduki kerusi bidang fizik eksperimen di Universiti Pavia selama hampir 40 tahun dan begitu disayangi oleh murid-muridnya.Walaupun beliau berjaya dalam bidang profesional, Volta cenderung hidup bersederhana terutamanya pada senja usianya. Pada masa ini, beliau cenderung hidup terpencil dari orang ramai demi keluarganya sampai kematiannya pada tahun 1827 akibat satu siri penyakit yang bermula pada tahun 1823. Unit Sistem Antarabangsa bagi keupayaan elektrik dinamakan sebagai volt sempena memperingati beliau.

Rujukan

WikiPedia: Alessandro_Volta http://www.bookrags.com/research/methane-woc/ http://www.ideafinder.com/history/inventors/volta.... http://histoires-de-sciences.over-blog.fr/2013/11/... http://chem.ch.huji.ac.il/history/volta.htm#end http://www.alessandrovolta.info/life_and_works_8.h... http://www.corrieredicomo.it/pg_interna.cfm?Indice... http://www.dwc.knaw.nl/biografie/pmknaw/?pagetype=... http://www.corrosion-doctors.org/Biographies/Volta... http://www.edisontechcenter.org/HallofFame.html http://www.ieeeghn.org/wiki/index.php/Milestones:V...