Politik Algeria

Ketua negara adalah Presiden republik, yang dipilih bagi satu penggal 5-tahun year, diperbaharui sekali sahaja. Algeria has universal suffrage. Presiden merupakan ketua Majlis Menteri dan Majlis Keselamatan Tinggi. Dia melantik Perdana Menteri yang juga merupakan ketua kerajaan. Perdana Menteri turut melantik Majlis Menteri.

Parlimen Algeria adalah (bicameral), mengandungi dewan rakyat, National People's Assembly (APN), dengan 380 ahli dan dewan negara (upper chamber), Majlis Negeri, dengan 144 ahli. APN dilantik setiap 5 tahun.

Algeria terbahagi kepada 48 wilayah (ولاية), atau jajahan:

  1. Adrar
  2. Ain Defla
  3. Ain Temouchent
  4. Alger
  5. Annaba
  6. Batna
  7. Bechar
  8. Bejaia
  9. Biskra
  10. Blida
  11. Bordj Bou Arreridj
  12. Bouira
  13. Boumerdes
  14. Chlef
  15. Constantine
  16. Djelfa
  17. El Bayadh
  18. El Oued
  19. El Tarf
  20. Ghardaia
  21. Guelma
  22. Illizi
  23. Jijel
  24. Khenchela
  25. Laghouat
  26. Mascara
  27. Medea
  28. Mila
  29. Mostaganem
  30. M'Sila
  31. Naama
  32. Oran
  33. Ouargla
  34. Oum el Bouaghi
  35. Relizane
  36. Saida
  37. Setif
  38. Sidi Bel Abbes
  39. Skikda
  40. Souk Ahras
  41. Tamanghasset
  42. Tebessa
  43. Tiaret
  44. Tindouf
  45. Tipaza
  46. Tissemsilt
  47. Tizi Ouzou
  48. Tlemcen

Ketenteraan

Angkatan berseenjata Algeria terdiri daripada Tentera Darat Kebangsaan Rakyat (ANP), Tentera Laut Kebangsaan Algeria (MRA), dan Tentera Udara Algeria (QJJ), selain Pasukan Pertahanan Udara Wilayah.[1] Ia merupakan pewaris kepada Tentera Darat Pembebasan Kebangsaan (Armée de Libération Nationale atau ALN), sebuah sayap bersenjata bagi nasionalis Barisan Pembebasan Kebangsaan yang menentang pendudukan oleh penjajah Perancis semasa Perang Kemerdekaan Algeria (1954–62).

Jumlah anggota tentera adalah termasuk 147,000 aktif, 150,000 simpanan, dan 187,000 anggota paratentera (anggaran 2008).[2] Perkidmatan di dalam tentera adalah wajid kepada orang lelaki yang berumur antara 19–30, selama 12 bulan.[3] Belanjawan ketenteraan adalah 4.3% daripada produk domestik kasar (GDP) pada tahun 2012.[1] Algeria merupakan tentera ke-2 terbesar di Afrika Utara dan belanjawan pertahanan terbesar di Afrika ($10 bilion).[4]

Pada tahun 2007, Tentera Udara Algeria telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia untuk membeli 49 buah pesawat MiG-29SMT dan 6 buah MiG-29UBT dengan anggaran kos $1.9 bilion. Ia juga bersetuju untuk memulangkan pesawat lama yang dibeli daripada bekas Soviet. Rusia juga membina dua buah kapal selam berkuasa diesel Type-636.[5]