Algiers
Algiers

Algiers

Algiers (Bahasa Arab: الجزائر‎, Al Jaza'ir IPA: [ɛlʤɛˈzɛːʔir], Bahasa Perancis: Alger [ɑlʒe]) ialah ibu negara Algeria. Bandar terbesar di Algeria ini merupakan bandar kedua terbesar di Afrika Utara selepas Casablanca di Maghribi. Penduduknya berjumlah 3,518,083 dan wilayah Algiers seramai 5,723,749 (2006).Bandar Algiers terletak di barat Laut Mediterranean. Dalam bahasa Arab disebut al Jaza'ir, yang bermaksud pulau-pulau iaitu empat buah pulau yang menjadi sebahagian tanah daratan pada 1525. Peta dunia lama yang dilukis oleh al-Idrisi dan Yaqut al-Hamawi telah mencatat akan kewujudan bandar Algiers. Bandar Algiers dibina di kawasan rata di tepi pantai menghadap mulut Laut Mediterranean. Di belakangnya ada bukit curam membentuk seperti kubu-kubu setinggi 122 meter. Casbah pula membentuk pangkalan tiga segi.

Algiers

- Wali (Gabenor) Mohamed Kebir Addou
Zon masa CET (UTC+1)
- Metro 3,518,083
Diasaskan semula 944
Poskod 16000-16132
- Bandar 1,519,570
- Kaw. perbandaran 2,029,936