Menu
Aliasgar_Basri Karier PolitikKarier politik beliau sangat dipengaruhi dengan persekitaran kekeluargaan beliau yang sangat mementingkan persepaduan kaum yang diseimbangi dengan politik. Abang sulung beliau Zamani Hj. Basri dan adiknya Madaile Hj. Basri turut berkecimpung dalam arena politik sejak dahulu lagi. Beliau dan ahli keluarganya sangat dekat masyarakat secara amnya.
Pada tahun 1991, Aliasgar menjadi salah seorang daripada 20 AJK Penaja bagi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan pada 1991. Beliau juga menjadi AJK Bahagian Tuaran serta di lantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tuaran.
Pada tahun 1994, Aliasgar telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) yang berada di bawah Chief Minister’s Department ,Sabah.[7]
Pada tahun 1996, Aliasgar telah dilantik sebagai Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, UPKR yang berada di bawah Chief Minister’s Department,Sabah.[7][8][9]
Pada pemilihan parti tahun 1998, Aliasgar memenangi pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tuaran. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2001.
Pada tahun 1999, sebuah rombakan besar besaran telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Aliasgar telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Sabah.[10]
Pada tahun 2000, Aliasgar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pemuda UMNO Malaysia.[11]
Pada pemilihan parti 2001, Aliasgar bertanding untuk jawatan Naib Ketua Bahagian Tuaran tetapi tewas.
Pada pemilihan parti 2004, Aliasgar bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran dan menang. [12]
Pada pemilihan parti 2007, Aliasgar bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran dan menang lagi. Beliau menewaskan Dato' Rahman Dahlan untuk jawatan tersebut. [12]
Pada tahun 2007 Aliasgar telah dilantik sebagai Setiausaha Biro Latihan UMNO Sabah.
Pada tahun 2007, Aliasgar telah dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Biro Latihan UMNO Malaysia. Pada masa ini beliau banyak terlibat mengadakan pelbagai kursus latihan di seluruh Malaysia.
Pada pemilihan parti 2010, Aliasgar telah bertanding untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran. Aliasgar menewaskan Dato' Rahman Dahlan untuk jawatan tersebut.
Bagaimanapun pada pemilihan parti 2013, Aliasgar memutuskan untuk tidak mempertahan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran dan 'memberi laluan' kepada Dato' Rahman Dahlan untuk memenangi jawatan itu tanpa bertanding.[13]
Menu
Aliasgar_Basri Karier PolitikBerkaitan
Aliasgar Basri Alias Congo Alias Kadir Alias Razak Alias (siri TV) Alias Harun Alias Mohamed Alias Abdullah Alias Md Ali Alias SaniRujukan
WikiPedia: Aliasgar_Basri http://www.theborneopost.com/2013/10/20/hajiji-win... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://eprints.ums.edu.my/13034/1/nc0000005729.pdf http://www.ums.edu.my/alumni/en/archive/convo-book... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/con... http://www.bintang.sabah.gov.my/x_KeputusanLama.as... http://www.sabah.gov.my/gazette/docs/000248.pdf http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh...