Alicia_Vikander
Alicia_Vikander

Alicia_Vikander

Alicia Amanda Vikander (sebutan Sweden: [aˈliːsɪa aˈmanda vɪˈkandər]; lahir 3 Oktober 1988) ialah seorang pelakon dan penari wanita Sweden. Lahir dan membesar di Gothenburg, beliau mula berlakon pada usia muda di dalam pementasan di The Göteborg Opera dan berlatih sebagai penari balet di Sekolah Balet Diraja Sweden dan Sekolah Balet Amerika. Beliau memulakan karier profesional lakonan dengan muncul di dalam filem pendek dan siri televisyen Sweden. Beliau mula dikenali di Eropah Utara selepas peranannya sebagai Josefin Björn-Tegebrandt di dalam drama televisyen, Andra Avenyn (2008–10). Vikander membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem Pure (2010) dimana beliau memenangi Anugerah Guldbagge untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau mendapat pengiktirafan meluas pada tahun 2012 untuk lakonannya sebagai Puteri Ekaterina "Kitty" Alexandrovna Shcherbatskaya di dalam filem Anna Karenina dan Ratu Caroline Mathilde di dalam filem Denmark, A Royal Affair. Beliau kemudiannya membintangi filem Sweden tahun 2013, Hotell dan muncul di dalam filem biopik Julian Assange, The Fifth Estate.Pada tahun 2014 dan 2015, Vikander mendapat pengiktirafan global dan pujian untuk peranan beliau sebagai Vera Brittain di dalam filem Testament of Youth dan Ava di dalam filem Ex Machina dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Beliau melakonkan watak Gerda Wegener di dalam filem The Danish Girl dimana beliau memenangi Anugerah Akademi dan Anugerah Screen Actors Guild.

Alicia_Vikander

Pekerjaan Pelakon, penari
Tahun aktif 2002–sekarang
Warganegara Sweden
Kelahiran Alicia Amanda Vikander
(1988-10-03) 3 Oktober 1988 (umur 31)
Gothenburg, Sweden
Pusat pendidikan Sekolah Balet Diraja Sweden
Kediaman London, England

Rujukan

WikiPedia: Alicia_Vikander http://collider.com/jason-bourne-images-matt-damon... http://deadline.com/2013/01/sundance-participant-m... http://deadline.com/2014/06/alicia-vikander-landin... http://deadline.com/2015/06/alicia-vikander-jason-... http://deadline.com/2016/01/bafta-nominations-full... http://www.deadline.com/2013/09/toronto-2013-will-... http://www.dreadcentral.com/reviews/94272/ex-machi... http://www.entertainmentfuse.com/actress-spotlight... http://www.hollywoodreporter.com/lists/golden-glob... http://www.hollywoodreporter.com/news/michael-fass...