Alkana
Alkana

Alkana

Alkana merupakan hidrokarbon alifatik dan hidrokarbon tepu. Formula am alkana ialah CnH2n+2 di mana n bersamaan 1,2,3, dan seterusnya; dan merupakan siri homolog hidrokarbon yang penting. Susunan elektron karbon ialah 2.4 atau 1s2 2s2 2p2 dan boleh menerima sehingga empat ikatan. Dalam alkana, setiap atom karbon terikat kepada empat atom lain dan ia tidak boleh menerima lagi atom hidrogen. Semua atom dalam satu-satu alkana membentuk ikatan tunggal sahaja iaitu ikatan σ (sigma). Ikatan ini terletak di antara satu atom karbon dengan atom karbon lain ataupun dengan atom hidrogen. Sudutnya pula ialah 109.5o.Alkana adalah agak stabil terhadap tindak balas kimia, dan ia bersifat kurang reaktif kerana atom-atomnya terikat antara satu sama lain dengan kuat. Ia tidak bertindak balas dengan air bromin atau larutan kalium manganat (VII) berasid tetapi bertindakbalas dengan halogen dalam sinar ultraungu.Ia menghasilkan sedikit jelaga apabila terbakar berbanding dengan alkena disebabkan oleh peratusan karbon dalam molekulnya yang lebih rendah.