Alkitab atau
Kitab Injil (
Bahasa Inggeris: Bible) ialah
kitab suci penganut agama
Kristian. Alkitab dibahagi kepada dua bahagian utama:
Perjanjian Baru dan
Perjanjian Lama. Bahagian-bahagian utama ini disebut "Perjanjian" kerana Tuhan bangsa Israel atau Yahweh membuat perjanjian. Kali pertama di antara
Musa dengan orang Yahudi dan kali kedua antara
Jesus Christ dengan seluruh umat manusia.Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis dalam
bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel yang ditulis dalam
bahasa Aramia sedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis dalam
bahasa Yunani.Berdasarkan isinya dan gaya penulisan, Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu Kitab
Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik atau
Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Perjanjian Lama adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Perjanjian Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Alkitab mengandungi 66 kitab.Selain itu semenjak dahulu ada perbincangan tentang kanon Alkitab yakni penetapan kitab-kitab yang bolah dianggap sebahagian dari Alkitab. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Alkitab Ibrani atau Tanakh diterjemahkan dalam bahasa Yunani. Terjemahan ini disebut
Septuaginta, tetapi memuat lebih banyak kitab yang tidak terdapat dalam versi Yahudi. Buku-buku ini disebut buku-buku
Deuterokanonika.