Alphabet_Inc.
Alphabet_Inc.

Alphabet_Inc.

Alphabet Inc. merupakan konglomerat komunikasi Amerika Syarikat yang terletak di Mountain View, California. Ia diwujudkan menerusi penstrukturan semula Google pada 2 Oktober 2015,[3] dan menjadi syarikat induk Google dan beberapa bekas anak syarikat Google.[4][5][6] Dua pengasas Google memegang jawatan eksekutif dalam syarikat, dengan Larry Page berkhidmat sebagai CEO dan Sergey Brin sebagai presiden.[7]Porrfolio Alphabet merangkumi beberapa industri, termasuk teknologi, sains hayat, modal pelaburan, dan penyelidikan. Beberapa anak syarikatnya termasuk Google, Calico, Chronicle, GV, CapitalG, Verily, Waymo, X, Loon[8] dan Google Fiber. Beberapa anak syarikat Alphabet telah mengubah nama mereka sejak meninggalkan Google dan menjadi sebahagian daripada syarikat induk baru-Google Ventures menjadi GV, Google Life Sciences menjadi Verily dan Google X menjadi hanya X. Berikutan penstrukturan semula, Page menjadi CEO Alphabet dan Sundar Pichai mengambil jawatan sebagai CEO Google.[4][5] Stok saham Google telah ditukarkan ke stok Alphabet, yang didagangkan di bawah bekas simbol penanda Google, "GOOG" dan "GOOGL". Setakat 2018, Alphabet menerima ranking #22 dalam senarai rankinh Fortune 500 bagi syarikat terbesar Amerika mengikut jumlah hasil.[9]Penubuhan Alphabet digerakkan oleh keinginan untuk menjadikan perniagaan perkhidmatan Internet teras Google "bersih dan lebih bertanggungjawab" sambil membenarkan autonomi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kumpulan yang beroperasi dalam perniagaan selain perkhidmatan Internet.

Alphabet_Inc.

Didagangkan sebagai
Keluaran
Bilangan pekerja 72,053[2] (2017)
Ditubuhkan 2 Oktober 2015; 4 tahun yang lalu (2015-10-02)
Ibu pejabat Googleplex, Mountain View, California, A.S.
Anak syarikat
Hasil AS$110.85 bilion[1] (2017)
Jumlah aset ▲ AS$197.29 bilion[1] (2017)
Laman sesawang abc.xyz
Pendapatan operasi ▲ AS$26.14 bilion[1] (2017)
Jumlah ekuiti ▲ AS$152.50 bilion[1] (2017)
ISIN US02079K3059
US02079K1079
Jenis Awam
Industri Konglomerat
Pengasas
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Perancang utama
Keuntungan ▼ AS$12.66 bilion[1] (2017)

Rujukan

WikiPedia: Alphabet_Inc. http://www.aol.com/article/2015/08/10/google-to-be... http://googleblog.blogspot.com/2015/08/google-alph... http://www.businessinsider.com/what-is-alphabet-go... http://www.cnet.com/news/google-restructures-into-... http://www.cnet.com/pictures/googles-new-alphabet-... http://fortune.com/fortune500/list/ http://markets.ft.com/research/Markets/Tearsheets/... http://quotes.nasdaq.com/asp/SummaryQuote.asp?symb... http://quotes.nasdaq.com/asp/SummaryQuote.asp?symb... http://www.wired.com/2015/08/google-mean-alphabet-...