Ejaan Aluminium

Sejarah penamaan/Etimologi

Pada tahun 1808, Humphry Davy asalnya mencadangkan nama alumium ketika percubaannya untuk mengasingkan unsur baru secara elektrolisis daripada mineral alumina. Pada tahun 1812 dia mengantikan nama tersebut kepada aluminum untuk memadankan dengan asal-usul nama Latin. pada tahun yang sama, penyumbang tak bernama untuk Quarterly Review membangkang penamaan aluminum, dan mencadangkan nama aluminium.

Aluminium, for so we shall take the liberty of writing the word, in preference to aluminum, which has a less classical sound. (Q. Review VIII. 72, 1812)

Ini mempunyai kelebihan dalam pematuhan kes duluan yang ditetapkan oleh penemuan unsur-unsur baru pada zaman tersebut iaitu penggunaan imbuhan akhir -ium: kalium, natrium, magnesium, kalsium, dan strontium (kesemuanya telah diasingkan sendirinya oleh Davy). Akan tetapi, ejaan -um ialah untuk unsur yang sudah pun diketahui pada zaman tersebut: platinum, yang telah diketahui oleh orang Eropah semenjak kurun ke-16, molibdenum, yang ditemui pada tahun 1778, dan tantalum, yang ditemui pada tahun 1802, semuanya mempunyai ejaan yang diakhiri dengan -um.

Ejaan masa kini

Dalam bahagian dunia penutur Inggeris, ejaan (dan sebutan yang berkait) aluminium and aluminum kedua-duanya digunakan secara umum dalam konteks sains dan bukan sains. Di Amerika Syarikat, ejaan aluminium tidak diketahui ramai, dan ejaan aluminum adalah paling utama. Selain Amerika Syarikat, penggunaan ejaan aluminium lebih menonjol, dan ejaan aluminum jarang digunakan. Di Kanada, kedua-dua ejaan adalah biasa digunakan, kerana pengaruh berganda pada bahasanya oleh kedudukan berdekatan dengan Amerika Syarikat dan sejarah penjajahan British dan juga bilangan besar penutur Bahasa Perancis asli.

Selain Bahasa Inggeris, ejaan "ium" adalah lebih meluas: perkataan aluminium dalam Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman, dan bentuk serupa digunakan dalam banyak bahasa-bahasa lain. Akibatnya, ia merupakan ejaan yang paling biasa digunakan dalam peringkat antarabangsa.

International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) menerima aluminium sebagai nama antarabangsa piawai untuk unsur ini pada tahun 1990, akan tetapi tiga tahun kemudian ia mengiktiraf aluminum sebagai kelainan ejaan yang diterima pakai. Oleh itu jadual berkala IUPAC menyenaraikan kedua-dua ejaan, tetapi meletakkan aluminium pertama . IUPAC secara rasminya lebih memilih menggunakan aluminium untuk penerbitan dalaman, walaupun beberapa penerbitan IUPAC menggunakan ejaan aluminum.