Isotop Aluminium

Aluminium mempunyai sembilan isotop, yang mana nombor jisimnya adalah antara 23 ke 30. Hanya 27Al (isotop stabil) dan 26Al (isotop radioaktif, t1/2 = 7.2 × 105 thn) wujud secara semulajadi, walau bagaimanapun 27Al mempnyai kelimpahan semulajadi 100%. 26Al dihasilkan daripada argon dalam atmosfera melalui perkecaian yang disebabkan oleh proton sinar kosmik. Isotop aluminium mempunyai penggunaan amali dalam pentarikhan endapan laut, nodul mangan, ais glasier, kuartza dalam pendedahan batuan, dan meteorit. Nisbah 26Al kepada 10Be telah digunakan dalam kajian peranan pengangkutan, pemendapan, simpanan endapan, tempoh timbusan, dan hakisan pada skala masa 105 hingga 106 tahun.

Penggunaan amali 26Al kosmogenik pertama adalah dalam kajian Bulan dan meteorit. Cebisan meteorit, selepas pelepasan daripada jasad induk, adalah didedahkan kepada pembedilan sinar kosmik beramatan semasa perjalanannya merentasi ruang angkasa, menyebabkan penghasilan 26Al yang banyak. Setelah jatuh ke Bumi, pemerisaian atmosfera melindung cebisan meteorit daripada penghasilan lanjut 26Al, dan reputannya boleh digunakan untuk menentukan usia daratan meteorit. Kajian meteorit juga telah menunjukkan bahawa 26Al adalah secara relatifnya agak berlimpah ketika pembentukan sistem planet kita. Kemungkinan juga, tenaga yang dibebaskan oleh reputan 26Al adalah berperanan dalam peleburan semula dan pembezaan sesetengah asteroid selepas pembentukannya 4.6 bilion tahun yang lalu.

Gugusan

Jurnal Science pada 14 Januari 2005 melaporkan tentang penghasilan gugusan 13 atom aluminium (Al13) dan ia didapati berkelakuan seperti atom iodin; dan juga atom aluminium 14 (Al14) berkelakuan seperti atom Alkali Bumi. Pengkaji juga telah mengikat 12 atom iodin kepada gugusan Al13 untuk menghasilkan kelas baru poliiodida. Penemuan ini dilaporkan akan menimbulkan kemungkinan untuk penyifatan terbaru dalam jadual berkala: superatom. Kumpulan penyelidik ini diketuai oleh Shiv N. Khanna (Virginia Commonwealth University) dan A. Welford Castleman Jr (Penn State University).