Aman_Graseka

Aman Graseka (dilahirkan pada 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau yang memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1991 pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 [1].Aman memulakan karier dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. . Sejak itu nama beliau popular sebagai pelakon lelaki yang berbakat.Pada tahun 1999, beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai trangender dalam telefilem Amy Anuar di Anugerah Seri Angkasa.

Aman_Graseka

Pekerjaan Pelakon, pengarah
Ibu bapa Raja Baharom Shah Raja Solah Shah
Pasangan Mas Idayu (k. 1997; c. 2006)
Nurul Amrina Zamri (k. 2018)
Anak Nur Dayini Asyiqah (lahir 1998)
Tahun aktif 1991–kini
Kelahiran (1968-02-28) 28 Februari 1968 (umur 51)
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia