Amenhotep_III
Amenhotep_III

Amenhotep_III

Amenhotep III (juga dieja Amenophis III; bahasa Mesir: Amāna-Ḥātpa "Amun Puas Hati") juga dikenaki sebagai Amenhotep yang Mengagumkan, merupakan fir'aun kesembilan dinasti ke-18 Mesir. Menurut pelbagai sumber, baginda memerintah Mesir mulai Jun 1386 SM hingga 1349 SM, atau Jun 1388 SM hingga Disember 1351 SM/1350 SM[4] selepas kemangkatan ayahandanya, Thutmose IV. Amenhotep III merupakan anak kepada Thutmose dan Mutemwiya, seorang isteri kecil kepada ayahanda Amenhotep.[5]Pemerintahan baginda merupakan suatu zaman kemakmuran yang luar jangkaan serta kegemilangan bidang seni, apabila Mesir mencapai kemuncak kuasa kesenian dan antarabangsa. Apabila baginda mangkat (sekitar tahun ke-39 pemerintahannya), pewarisnya mengambil alih takhta sebagai Amenhotep IV, tetapi kemudian menukar nama kepada Akhenaten.

Amenhotep_III

Gelaran diraja Prenomen: NebmaatrePenguasa Kebenaran ialah Re[2] Templat:Pharaoh Infobox Prenomen Nomen: Amenhotep HekawasetAmun Puas Hati, Pemerintah Thebes[3] Templat:Pharaoh Infobox Nomen Nama Horus: Kanakht khaemmaat Lembu perkasa yang muncul dalam kebenaran Nama Nebty: Semenhepusegerehtawy Penggubal undang-undang yang menenteramkan dua bumi Horus Emas: Aakhepesh-husetiu Gagah berani menentang Asiatik