Amerika_Latin
Amerika_Latin

Amerika_Latin

Amerika LatinAmerika Latin secara tradisi ditakrifkan sebagai subregion bagi Amerika dimana bahasa Sepanyol, bahasa negara Sepanyol, dan bahasa Portugis, digunakan. Secara pratikal, bagaimanapun, kebanyakan Hemisfera Barat kecuali Amerika Syarikat, Kanada, dan negara Karribian bukan-penutur Hispanik biasanya disenaraikan di bawah tajuk Amerika Latin. Kawasan lain di mana bahasa yang berasal dari Latin (seperti bahasa Perancis, Papiamento atau Kreyol) digunakan secara meluas tidak dianggap sebagai Amerika Latin.Dari segi sudut sosial-politik, yang hanya merangkumi negara merdeka, Amerika Latin selari secara kasar dengan semua negara selatan Amerika Syarikat, merangkumi Mexico (di Amerika Utara), sebahagian besar Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dan negara Karibian di berasaskan bahasa Sepanyol, Perancis, Portugis atau Creoles di mana bahasa tersebut dipertuturkan. Menurut kriteria tersebut, Amerika Latin dibahagi kepada 20 negara merdeka dan beberapa unit pergantungan politik. Brazil merupakan negara terbesar di Amerika Latin dari segi luas kawasan dan jumlah penduduk. Ia merangkumi 40 peratus kawasan tersebut dan mempunyai satu pertiga jumlah penduduk. Bahasa rasminya, bahasa Portugis, tidak digunakan secara rasmi dinegara Amerika lain.