Demografi Amerika_Syarikat

Largest ancestry groups by county, 2000.

Mengikut Biro Banci Amerika Syarikat, penduduk AS berjumlah 335,141,000,[106] termasuk kira-kira 11.2 juta pendatang haram.[107] Selaku negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, mengekori China dan India, AS ialah satu-satunya negara berindustri yang mengunjurkan pertumbuhan penduduk yang besar.[108] Dengan kadar kelahiran 13.82 per 1,000, 30% di bawah purata dunia, kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.98%, iaitu agak tinggi berbanding di Eropah Barat, Jepun dan Korea Selatan.[109] In fiscal year 2009, 1.1 million immigrants were granted legal residence.[110] Mexico menjadi punca terbesar penduduk baru ke AS sejak 20 tahun lalu; sejak tahun 1998, China, India, dan Filipina turut mengisi empat negara yang paling ramai rakyatnya yang menetap di AS.[111]

AS mempunyai kependudukan yang pelbagai etnik; 31 kelompok keturunan di negara ini mencatat lebih sejuta orang ahlinya.[112] Kaum kulit putih adalah kelompok ras terbesar di AS; keturunan Jerman, Ireland, dan Inggeris merupakan tiga daripada empat kelompok keturunan terbesar di negara ini.[112] Orang Amerika Afrika merupakan minoriti ras terbesar dan kelompok keturunan ketiga terbesar di AS.[112][113] Orang Amerika Asia merupakan minoriti ras kedua terbesar di negara; dua kelompok etnik Amerika Asia terbesar ialah Cina dan Filipina.[112] Pada tahun 2008, terdapat sekitar 4.9 juta penduduk AS yang berdarah daging Pribumi atau orang asli Alaska (termasuk 3.1 juta yang tulen) dan juga 1.1 juta berdarah orang asli Hawaii atau Pulau Pasifik (0.6 juta yang tulen).[113]

Pecahan ras/etnik di AS (2008)[113]
Putih79.8%
Hitam12.8%
Asia4.5%
Indian dan Orang Asli Alaska1.0%
Orang Asli Hawaii dan Pulau Pasifik0.2%
Dua atau lebih ras1.7%
Hispanik (mana-mana ras)15.4%

Pertumbuhan penduduk orang Amerika Hispanik dan Latino merupakan arah aliran demografi yang besar. 46.9 juta rakyat AS berketurunan Hispanik[113] ditentukan oleh Biro Banci sebagai berkongsi "keetnikan" yang tersendiri; 64% orang AS Hispanik ini berketurunan Mexico.[114] Dari tahun 2000 hingga 2008, jumlah penduduk Hispanik di negara ini meningkat 32%, berbanding dengan penduduk bukan Hispanik yang naik 4.3% sahaja.[113] Pertumbuhan ini banyak berpunca daripada penghijrahan; pada tahun 2007, 12.6% penduduk AS adalah kelahiran luar negara; 54% daripada kelahiran luar itu berasal dari Amerika Latin.[115] Kesuburan juga menjadi faktor; purata 3.0 bayi dilahirkan oleh seorang ibu Hispanik, berbanding 2.2 untuk kulit hitam bukan Hispanik dan 1.8 untuk kulit putih bukan Hispanik (di bawah kadar gantian 2.1).[108] Kelompok minoriti (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, semuanya selain kulit putih bukan kacukan, bukan Hispanik) membentuk 34% jumlah penduduk AS, tetapi diunjurkan akan menjadi majoriti menjelang tahun 2042.[116]

Kira-kira 82% rakyat AS tinggal di kawasan bandar (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, termasuk subbanda);[35] lebih kurang separuh daripada mereka tinggal di bandar yang melebihi 50,000 orang penduduknya.[117] Pada tahun 2008, 273 petempatan tertubuh diduduki lebih 100,000 orang, sembilan bandaraya diduduki lebih sejuta orang, dan empat bandar raya global diduduki lebih 2 juta orang (Bandar Raya New York, Los Angeles, Chicago, dan Houston).[118] Terdapat 52 kawasan metropolitan (kota raya) yang diduduki oleh lebih sejuta orang.[119]

Templat:Largest Metropolitan Areas of the United States

Bahasa

Bahasa di AS (2007)[120]
Inggeris (sahaja)225.5 juta
Sepanyol, termasuk kreol34.5 juta
Cina2.5 juta
Perancis, termasuk kreol2.0 juta
Tagalog1.5 juta
Vietnam1.2 juta
Jerman1.1 juta
Korea1.1 juta

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kebangsaan de facto Amerika Syarikat. Walaupun tiadannya bahasa rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, namun terdapat undang-undang yang menyelaras penggunaan bahasa Inggeris, seperti keperluan naturalisasi AS. Pada tahun 2007, sekitar 226 juta, atau 80% penduduk yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur bahasa Inggeris di rumah. Bahasa Sepanyol yang dituturkan oleh 12% penduduk di rumah, merupakan bahasa yang kedua terlaris di AS, dan mata pelajaran bahasa kedua yang paling banyak diajar di negara.[120][121] Ada sesetengah warga AS yang menggesa agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi negara, seperti yang dilakukan di sekurang-kurangnya 28 negeri.[6] Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh undang-undang negeri Hawaii.[122]

Di New Mexico, ada undang-undang yang memperuntukkan penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol, begitu juga dengan Louisiana untuk bahasa Inggeris dan Perancis, biarpun kedua-dua negeri itu tidak menetapkan bahasa rasmi.[123] Negeri-negeri lain pula ada yang mewajibkan penerbitan dokumen kerajaan dalam versi bahasa Sepanyol, termasuk borang mahkamah, misalnya California.[124] Empat wilayah kepulauan AS memberikan pengakuan rasmi kepada bahasa pribumi masing-masing di samping bahasa Inggeris: bahasa-bahasa Samoa dan Chamorro masing-masing diiktiraf oleh Samoa Amerika dan Guam; bahasa-bahasa Caroline dan Chamorro diakui oleh Kepulauan Mariana Utara; bahasa Sepanyol menjadi bahasa rasmi Puerto Rico.

Agama

Sebuah gereja Presbyterian; kebanyakan orang Amerika mengaku beragama Kristian.

Amerika Syarikat secara rasminya merupakan negara sekular; Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat menjamin kebebasan mengamalkan agama serta melarang pembentukan apa jua pemerintahan berdasarkan agama. Dalam kaji selidik tahun 2002, 59% orang Amerika menyatakan bahawa agama memainkan "peranan yang amat penting dalam kehidupan mereka," jauh lebih besar daripada mana-mana negara kaya yang lain.[125] Mengikut kaji selidik tahun 2007 pula, 78.4% dewasa mengakui beragama Kristian,[126] iaitu merosot daripada 86.4% pada tahun 1990.[127] 51.3% orang Kristian di AS menganut pelbagai mazhab Protestan, manakala Katolik Rom merupakan mazhab tunggal terbesar dengan 23.9%. Peratusan orang yang mengaku bukan Kristian pada tahun 2007 adalah 4.7%, iaitu meningkat daripada 3.3% in 1990.[127] Antara agama-agama bukan Kristian yang utama di AS ialah Yahudi (1.7%), Buddha (0.7%), Islam (0.6%), Hindu (0.4%), dan Universalisme Unitarian (0.3%).[126] Kaji selidik itu juga melaporkan bahawa 16.1% orang AS mengaku agnostik, ateis, atau sekadar tidak beragama, iaitu kenaikan daripada 8.2% pada tahun 1990.[126][127]

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830