Kerajaan Amerika_Syarikat

Muka barat Kapitol Amerika Syarikat, yang menempatkan Kongres Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat ialah negara persekutuan terlama yang wujud di dunia. Ia mengamalkan sistem kerajaan republik berperlembagaan dan demokrasi berperwakilan, "yang mana pemerintahan majoriti dilembutkan oleh hak minoriti yang dilindungi oleh undang-undang."[46] Kerajaan AS dikawal oleh sistem sekatan dan imbangan yang ditakrifkan oleh Perlembagaan AS, iaitu dokumen perundangan tertinggi di negara. Lazimnya dalam sistem persekutuan AS, rakyat tertakluk kepada tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan; tanggungjawab kerajaan tempatan dipecahkan kepada kerajaan kaunti dan perbandaran. Selalunya, pegawai eksekutif dan perundangan dipilih oleh rakyat mengikut undian terbanyak di setiap daerah. Perwakilan berkadar tiada di peringkat persekutuan, dan jarang sekali ditemui di peringkat bawahan.

Muka selatan Rumah Putih, tempat kerja dan kediaman presiden AS.

Kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga cabang:

Muka barat Bangunan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Dewan Perwakilan ada 435 orang ahli mengundi, setiap seorang mewakili sebuah daerah kongres untuk penggal dua tahun. Kerusi-kerusi Dewan diagih-agihkan mengikut jumlah penduduk setiap negeri sepuluh tahun sekali. Mengikut banci 2000, tujuh negeri mempunyai minimum seorang wakil, manakala California, negeri paling ramai penduduknya, ada 53 wakil. Senat mempunyai 100 orang ahli, iaitu dua orang senator dari setiap negeri, yang dipilih oleh seluruh penduduk negeri untuk penggal enam tahun; satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan dalam pilihan raya berselang tahun. Presiden berkhidmat untuk penggal empat tahun dan boleh dipilih tidak lebih daripada dua kali. Presiden tidak dipilih secara undian terus, sebaliknya menerusi sistem badan pemilih tak langsung, yang mana undian-undian penentu diagih-agihkan mengikut negeri. Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Hakim Amerika Syarikat, mempunyai sembilan ahli yang berkhidmat sepanjang hayat.

Kerajaan negeri juga lebih kurang sama strukturnya; hanya negeri Nebraska ada badan perundangan ekadewan. Gabenor (ketua eksekutif) setiap negeri dipilih secara terus oleh rakyat. Sesetengah hakim negeri dan pegawai kabinet dilantik oleh gabenor negeri masing-masing, manakala yang lain pula dipilih oleh pengundi.

Semua undang-undang dan prosedur kerajaan tertakluk kepada kajian semula kehakiman. Mana-mana undang-undang yang didapati menyalahi Perlembagaan dijadikan tidak sah. Teks asal Perlembagaan menetapkan struktur dan tanggungjawab kerajaan persekutuan serta hubungannya dengan setiap negeri. Perkara Satu melindungi hak "writ besar" habeas corpus, manakala Perkara Tiga menjamin hak mendapatkan perbicaraan juri untuk semua kes jenayah. Pindaan-pindaan pada Perlembagaan memerlukan kelulusan tiga perempat negeri. Perlembagaan AS telah dipinda sebanyak 27 kali; sepuluh pindaan terawal yang membentuk Perakuan Hak, dan Pindaan Keempat Belas membentuk landas utama hak individu warga AS.

Parti, ideologi, dan politik

Barack Obama mengangkat sumpah selaku Presiden dari Ketua Hakim AS John Roberts, 20 Januari 2009

Politik Amerika Syarikat mengetengahkan sistem dua parti sepanjang sejarahnya. Untuk jawatan terpilih di kebanyakan peringkat, pilihan raya pendahuluan tadbiran negeri memilih calon parti utama untuk pilihan raya umum seterusnya. Sejak pilihan raya umum 1856, parti-parti utama adalah Parti Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1824, dan Parti Republikan yang ditubuhkan pada tahun 1854. Sejak Perang Saudara, hanya seorang calon presiden parti ketiga—bekas presiden Theodore Roosevelt yang bertanding sebagai ahli Progresif dalam 1912—telah memenangi sebanyak 20% undian awam.

Dalam budaya politik AS, Parti Republikan dilihat sebagai parti haluan kanan tengah atau "konservatif", manakala Parti Demokrat berhaluan kiri tengah atau "liberal". Negeri-negeri Timur Laut dan Pantai Barat, dan sesetengah negeri Tasik-Tasik Besar, iaitu "negeri biru", dianggap cenderung kepada fahaman liberal, berbanding dengan "negeri merah" di Selatan dan sebahagian Dataran Besar dan Pergunungan Rocky yang agak konservatif.

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830