Kesihatan Amerika_Syarikat

Jangka hayat ketika lahir di Amerika Syarikat adalah 77.8 tahun[134] setahun singkat berbanding purata di Eropah Barat, dan ketinggalan tiga atau empat tahun di belakang Norway, Switzerland, dan Kanada.[135] Sejak dua dekad lalu, AS merosot daripada tangga ke-11 kepada ke-42 dalam kedudukan jangka hayat sedunia.[136] Kadar kematian bayi pada 6.37 perseribu meletakkan AS di tangga ke-42 daripada 221 negara, di belakang seluruh Eropah Barat.[137] Kira-kira satu pertiga penduduk dewasa AS mengalami obesiti dan satu pertiga lagi sekadar terlebih berat badan;[138] kadar kegemukan AS yang tertinggi dalam dunia berindustri, telah melipat lebih dua kali ganda dalam suku abad yang lalu.[139] Penyakit kencing manis jenis 2 yang berkaitan dengan obesiti, dilihat sudah menjadi wabak oleh para pakar jagaan kesihatan.[140]

Texas Medical Center di Houston, pusat perubatan terbesar di dunia[141]

Sistem penjagaan kesihatan AS jauh lebih banyak berbelanja daripada mana-mana negara lain, baik diukur dalam perbelanjaan per kapita mahupun peratusan KDNK.[142] Pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan sistem kesihatan AS sebagai di tangga teratas dalam keresponsifan, tetapi ke-37 keseluruhannya. AS ialah peneraju inovasi perubatan. Pada tahun 2004, sektor bukan industri berbelanja tiga kali ganda berbanding Eropah per kapita dalam penyelidikan bioperubatan.[143]

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830