Anak_patung
Anak_patung

Anak_patung

Anak patung ialah barang permainan kanak-kanak yang menyerupai orang dalam saiz yang kecil. Anak patung telah dicipta sejak bermulanya tamadun manusia, dan telah difesyenkan dengan pelbagai bahan, daripada batu, tanah liat, kayu, tulang, kain dan kertas, hingga ke bahan yang rapuh atau mahal seperti porselin, seramik china, getah dan plastik. Anak patung ini memainkan peranan pentung dalam upacara keagamaan dan kesaktian sejak zaman dahulukala melalui perlambangan kepada dewata tertentu. Ia turut digunakan sebagai mainan tradisi kanak-kanak. Figura ini turut dikumpul orang dewasa untuk nilai nostalgia, kecantikan atau sejarah dalamnya.[1]