Anarkisme merupakan suatu
falsafah dan cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang.
[1][2] Di dalam erti makna yang lebih besar, anarkisme menolak kerajaan yang berasaskan paksaan ataupun yang berjangka panjang.
[3] Pemikiran ini juga menyokong pemansuhan kerajaan.
[4] Anarkisme merupakan satu fahaman yang percaya bahawa
kerajaan adalah satu badan yang berbahaya dan tidak diperlukan oleh individu dan masyarakat
[4][5]. Frasa anarkisme berasal dari perkataan Yunani αναρχία yang secara harfiah bermaksud tanpa "archons", tanpa pemerintah.
[6]Anarkisme mempunyai pelbagai jenis dan tradisi yang berlainan dari pelbagai sudut
[7][8] tetapi bukan semua tradisi itu wujud berasingan.
[9] Tiada satu fahaman yang boleh menjelaskan falsafah yang dipegang oleh kesemua para anarkis dan para anarkis secara mutlaknya hanya mempunyai kesamaan yang kurang jelas.
[10] Anarkis-anarkis yang berbeza pendapat mengemari beberapa sistem ekonomi. Ramai yang menyokong satu sistem yang merupai
komunisme libertarian,
anarkisme kolektivis atau "
participatory economics". Sebahagian lain menyokong
pasaran bebas seperti yang diperkatakan di dalam
mutualisme,
agorisme atau
kapitalisme anarkis. Para anarkis mungkin mempunyai perbezaan dari segi pokok dengan memperjuangkan falsafah-falsafah dari
individualisme ke
kolektivisme.
[11]