Anas_Abdul_Aziz

Muhammad Anas bin Abdul Aziz (lahir 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau merupakan pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 dan merupakan salah seorang pengasas Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau merupakan pelajar filem dan animasi di Universiti Multimedia.