Andhra_Pradesh
Andhra_Pradesh

Andhra_Pradesh

ఆంధ్ర ప్రదేశ్Kepadatan• 277/km2 (717/sq mi) Andhra Pradesh (bantuan·maklumat) [1](Bahasa Telugu: ఆంధ్ర ప్రదేశ్, IPA: [aːnd̪ʰrə prədeːʃ]) atau AP, "Periuk Nasi India", ialah sebuah negeri di India selatan yang terletak antara latitud 12°41' dan 22°U dan longitud 77° dand 84°40'T, dan bersempadan dengan Maharashtra, Chhattisgarh dan Orissa di utara, Teluk Benggala di timur, Tamil Nadu di selatan dan Karnataka di barat. Andhra Pradesh ialah negeri ke-4 terbesar di India mengikut keluasan dan populasi. Andhra Pradesh ialah negeri yang terbesar dan paling ramai penduduknya di India Selatan. Negeri ini direntasi oleh dua batang sungai utama, iaitu Sungai Godavari dan Sungai Krishna.