Sejarah Andorra

Rencana utama: Sejarah Andorra

Secara tradisinya, dikhabarkan bahawa Charles Yang Hebat (Charles the Great) dari Charlemagne telah memberi kemerdekaan kepada rakyat Andorra sebagai balasan untuk berperang dengan orang-orang Moor. Sebelum ini, hak memerintah Andorra dimiliki oleh Bupati Urgell dan kemudiannya bertukar kepada Biskop kepada Keuskupan Urgell.Pada 988, Borrell II, Bupati Urgell telah memberi Lembah Andorran kepada Keuskupan Urgell sebagai pertukaran sebidang tanah di Cerdanya. Sejak dari itu, Biskop Urgell yang berpengkalan di Seu D'Urgell memiliki Andorra.

Sebelum 1095, Andorra tidak memiliki sebarang perlindungan ketenteraan dan Biskop Urgell yang mengetahui akan perihal Bupati Urgell yang mahu menuntut semula haknya ke atas Lembah Andorra, dengan segera memohon perlindungan dan pertolongan daripada Lord Caboet. Pada 1095, Lord Caboet dan Biskop Urgell telah menandatangani perjanjian sumpah dimana, di dalam perjanjian tersebut, mereka berdua merupakan pemerintah berdaulat secara bersama Andorra. Arnalda, anak perempuan kepada Arnou dari Caboet berkahwin dengan Viscount Castellbò dan kedua-duanya memakai gelaran Viscount Castellbò and Cerdanya. Kemudian, anak perempuan mereka Ermessenda berkahwin pula dengan Roger Bernat II, Bupati Foix. Mereka memakai gelaran Roger Bernat II dan Emessenda I Count Foix, Viscount Castellbò and Cerdanya dan merupakan pemerintah bersama Andorra disamping Biskop Urgell.

Pada kurun Ke-11 Masihi, satu pertelingkahan telah memuncak diantara Bupati Urgell dan Bupati Foix. Pertelingkahan ini selesai pada 1278 dengan campurtangan Aragon dengan terementerainya perjanjian Paréage yang pertama dimana kedaulatan Andorra dikongsi bersama diantara dua pihak yang bertelagah iaitu Bupati Foix (kemudiannya memindahkan hak kekuasaannya kepada ketua kerajaan Perancis) dan Bupati Urgell.