Andrew_Khoo

Andrew Khoo Chin Hock merupakan seorang peguambela dan peguamcara di Malaysia dan dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam Malaysia merupakan badan guaman bertauliah yang menyelia 17,000 ahli sama ada peguam baru atau lama.[1] .Beliau banyak menyumbang rencana dalam halaman web Bar Malaysian, dan juga akhbar online seperti 'Malaysiakini' dan 'The Nut Graph', serta suratkhabar Wall Street Journal di Amerika Syarikat. Beliau pernah belajar dan/atau bekerja di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, England, Jamaica, Singapura dan Uganda, selain daripada Malaysia.Dalam satu forum 'Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi Ke Atas PRU-13 Malaysia' di Petaling Jaya, Andrew Khoo mendakwa akan kecewanya rakyat Malaysia jikalau pembangkang berjaya berkuasa selepas PRU-13 tetapi tidak dapat menyelesaikan isu-isu dalaman di antara PKR, PAS dan DAP. Walaupun dasar bersama ada dalam Buku Jingga tetapi 'Kabinet Bayangan' tidak ada.[2]