Andy_Lau
Andy_Lau

Andy_Lau

Andy Lau Tak-Wah (Cina Tradisional: 劉德華, Cina Ringkas: 刘德华, pinyin: Liú Déhuá; Kantonis: Làu Dākwà) (lahir 27 September 1961 di Hong Kong sebagai 劉福榮 Làu Fūkwìng) ialah seorang pelakon dan penyanyi dari Hong Kong.Peranan utama dalam siri TVB Hunting pada tahun 1982 yang menyebabkan populariti beliau meningkat. Dalam tahun yang sama, Andy menjalani penggambaraan bagi filem lakonan pertamanya Boat People. Kemudian pada tahun 1983, wataknya sebagai Yang Guo dalam TV wuxia The Return of the Condor Heroes menjadikan dia lebih popular dan hasil popularitinya menyebabkan dia berjaya ditawarkan berlakon dalam filem terbitan Shaw Brothers iaitu On the Wrong Track. Filem terkini beliau ialah Protege.