Anemometer
Anemometer

Anemometer

Anenometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan dan arah angin.Anenometer tidak berubah banyak sejak perkembangannya pada kurun ke-15. Antara jenis anenometer kelajuan ialah: anemometer cawan, anemometer bilah, anenometer wayar panas, anenometer Doppler laser, anemometer ultrasonik, anenometer resonans akustik dan anemometer bola ping-pong. Antara jenis anemometer tekanan pula ialah: anemometer plat, anemometer tiub dan anemometer statik tiub Pitot. Di lapangan terbang, adalah mustahak untuk mendapat maklumat angin yang tepat tanpa mengira keadaan, termasuk kerpasan beku. Untuk memastikan kelajuan angin dapat dibandingkan dari kawasan ke kawasan, kesan bentuk muka bumi perlu dipertimbangkan terutamanya dari segi ketinggian. Ketinggian anemometer yang piawai di kawasan perkampungan terbuka ialah 10 meter.[1]