Trivia Anfield

  • Lampu limpah dipasang dalam tahun 1957 pada harga £15,000. Lampu Limpah pertama kali digunakan dalam perlawanan persahabatan merebut Floodlight Challenge Trophy pada 30 Oktober 1957 menentang Everton. Billy Liddell menjaring 2 gol dan Liverpool menang 3-2
  • kehadiran paling ramai menonton perlawanan liga adalah 68,757 semasa Liverpool menentang Chelsea dalam musim 1949/50
  • Seramai 61,905 orang penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan Piala F.A pusaing ke-4 di antara Liverpool dan Wolverhampton Wanderers (Wolves) pada 2 February, 1952.
  • Kutipan paling banyak adalah £496,000 semasa Liverpool melawan Newcastle dalam musim 1995-96.
  • Kehadiran Purata Penonton (Liga Perdana)
    • 1999-00: 44,074
    • 2000-01: 43,698
    • 2001-02: 43,389
    • 2002-03: 43,243
    • 2003-04: 42,706
    • 2004-05: 42,587
    • 2005-06: 44,236
  • Liverpool tidak tewas di Anfield selama 85 perlawanan iaitu di antara Januari 1978 hingga Jnauri 1981. Dalam 85 perlawanan tersebut, Liverpool menjaring 212 gol dan hanya melepaskan 35 gol.
  • Liverpool tidak kalah dalam perlawanan Liga di Anfield dalam musim-musim 1893/94, 1970/71, 1976/77, 1978/79, 1979/80 and 1987/88. Liverpool menang semua perlawanan di Anfield dalam musim 1893/94.