Angélica Rivera
Angélica Rivera

Angélica Rivera

Angélica Rivera Hurtado (Sebutan Sepanyol: [aŋˈxelika riˈβeɾa uɾˈtaðo]; lahir 2 Ogos 1969) ialah seorang pelakon, peragawati dan penyanyi Mexico. Sebagai isteri kepada Enrique Peña Nieto, Presiden Mexico, beliau merupakan Wanita Pertama Mexico.[2]Hasil karyanya sebagai pelakon termasuk La Dueña (1995), Ángela (1998), Sin Pecado Concebido (2001), Mariana de la Noche (2003) dan Tequila De Maguey (2007). Selain itu, siri TV yang berjaya menaikkan namanya ialah "La Gaviota" dalam Destilando Amor.