Ang_Tanging_Ina_N'yong_Lahat

Ang Tanging Ina N'yong Lahat ("Satu-satunya Ibu Bagi Kamu Semua") ialah filem komedi Filipina 2008 arahan Wenn V. Deramas dan dibintangi oleh Ai-Ai delas Alas dan Eugene Domingo. Ia merupakan kesinambungan dari filem komedi Ang Tanging Ina (2003). Filem ini dikeluarkan pada 25 Disember 2008 sebagai penyertaan rasmi Star Cinema ke Festival Filem Metro Manila 2008.[1] Filem ini meraih kutipan PHP 204 juta dan dahulunya menjadi pecah panggung sepanjang zaman di Filipina sehingga filem You Changed My Life melepasinya. Pada April 2009, filem ini meraih ₱229.96 juta peso.[2] Ai-Ai de las Alas menjayakan kembali peranannya sebagai Ina Montecilio. Filem ini juga dibintangi oleh Eugene Domingo sebagai Rowena, Carlo Aquino sebagai Tri, Alwyn Uytingco sebagai Pip, Shaina Magdayao sebagai Seven, Serena Dalrymple sebagai Cate, Jiro Manio sebagai Shammy dan Yuuki Kadooka sebagai Ten-Ten.[3][4]

Ang_Tanging_Ina_N'yong_Lahat

Bahasa Bahasa Filipina
Cerita oleh
  • Mel Mendoza Del Rosario
  • Wenn Deramas
Lakon layar oleh
  • Mel Mendoza-Del Rosario
  • Wenn Deramas
  • Kriz Gazmen
Muzik oleh Jessie Lasaten
Disunting oleh Marya Ignacio
Pengarah Wenn V. Deramas
Penerbit
Pecah panggung ₱229.96 juta(AS$4.5 juta)
Mula ditayangkan 25 Disember 2008 (2008-12-25)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Sherman Philip T. So
Tempoh tayangan 105 menit
Dibintangi oleh
Negara Filipina
Pengedar Star Cinema
Perbelanjaan ₱22 juta