Angela_Beesley
Angela_Beesley

Angela_Beesley

Angela Beesley ialah seorang usahawan Internet dari United Kingdom. Dia merupakan pengasas bersama dan naib presiden hubungan masyarakat Wikia.Terlibat dalam Wikipedia sejak 2003, Beesley dilantik menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) pertubuhan bukan mencari keuntungan Yayasan Wikimedia pada 2004, dan dilantik semula pada 2005. Dalam tempoh ini, dia aktif dalam menyunting kandungan dan menyusun polisi, seperti polisi privasi, dalam Yayasan [3]. Selepas berkhidmat selama dua tahun, pada Julai 2006 Beesley meletakkan jawatan dari lembaga pengarah Yayasan Wikimedia [4].Sejak 21 Februari 2006 Beesley merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan (ComCom) Yayasan Wikimedia [5]. Pembentukan jawatankuasa ini mendapat kebenaran Lembaga Pemegang Amanah, yang dia merupakan salah seorang ahli ketika itu [6]. Dia juga mempengerusikan Lembaga Penasihat Yayasan.Pada Oktober 2004, bersama dengan Jimmy Wales, Beesley menubuhkan satu perkhidmatan hos Wiki mencari keuntungan yang dipanggil Wikia. Dia juga merupakan ahli lembaga penasihat arkib media Ourmedia. Selain itu, dia merupakan penulis bersama buku Wikis: Tools for information Work and Collaboration [7]. Dia juga pernah bekerja sebagai pakar runding untuk BBC [8].