Angelica Singleton Van Buren
Angelica Singleton Van Buren

Angelica Singleton Van Buren

Sarah Angelica Van Buren (née Singleton; 13 Februari 1818 – 29 Disember 1877), adalah menantu perempuan kepada Presiden Amerika Syarikat kelapan, Martin Van Buren. Dia telah berkahwin dengan anak lelaki Presiden, Abraham Van Buren. Beliau mengambil jawatan Wanita Pertama kerana isteri presiden, Hannah Van Buren, telah meninggal dunia 17 tahun sebelum itu dan tidak berkahwin lagi sepanjang hayatnya. Walaupun beliau tidak pernah berkahwin dengan seorang presiden, beliau adalah wanita termuda yang pernah bertindak sebagai tuan rumah Rumah Putih.[1]Selepas Martin Van Buren dikalahkan ketika pemilihan semula pada 1840, Angelica dan suaminya tinggal di rumah Van Buren di Lindenwald, di Kinderhook, NY , dan ketika musim sejuk di rumah keluarganya, Melrose House, di Carolina Selatan. Dari tahun 1848 sehingga kematiannya, dia tinggal di Bandar Raya New York. [2]