Anggota_Parlimen_Tanpa_Kawasan_Undi
Anggota_Parlimen_Tanpa_Kawasan_Undi

Anggota_Parlimen_Tanpa_Kawasan_Undi

Portal PolitikAnggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP)[1] adalah seseorang anggota bagi parti politik pembangkang Singapura, yang menurut Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Parlimen, diisytiharkan telah dipilih sebagai anggota Parlimen Singapura walaupun kalah dalam pilihan raya umum tetapi merupakan salah seorang pesaing dengan prestasi yang terbaik. NCMP menikmati sebahagian besar keistimewaan seperti anggota Parlimen biasa.Skim NCMP telah diperkenalkan pada tahun 1984, dan merupakan satu pengubahsuaian signifikan bagi sistem Westminster tradisional Pemerintah. Sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah memenangi semua kerusi parlimen dalam empat pilihan raya umum sejak kemerdekaan, Perdana Menteri Lee Kuan Yew berhujah bahawa skim NCMP akan memastikan suara-suara pihak pembangkang dapat didengari di Parlimen. Menurutnya ini akan memberi manfaat kepada Singapura kerana ia akan memberi suatu peluang kepada generasi muda Singapura untuk melihat apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh pihak pembangkang. Apabila pindaan pertama perlembagaan dibuat untuk mewujudkan skim NCMP, di antara tiga hingga enam NCMP dibenarkan di dalam Parlimen. Perlembagaan dipinda lagi pada tahun 2010 untuk membenarkan jumlah maksimum sembilan NCMP di dalam Parlimen.