Penuaian Anggur

Tempoh pokok anggur matang bergantung kepada varieti serta pengurusan kebun. Biasanya buah boleh dituan 120 - 140 hari selepas pemangkasan pembuahan. Bagi klon IAC sebanyak 8 - 11 kg sepokok semusim walaupun potensinya mencapai 22 kg /pokok / musim. Kos penanaman anggur sebanyak RM 182,000 sehektar (antara tanaman yang kos pembangunannya tinggi). Dengan anggaran harga ladang anggur sebanyak RM 6.00 sekilogram dijangka pulangan akan dapat balik selepas 10 tahun.