Angin
Angin

Angin

Angin (Jawi: اڠين) merupakan zarah - zarah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi. Pemanasan ini mengakibatkan adanya perbezaan tekanan udara di persekitaran. Perbezaan tekanan di persekitaran akan mengakibatkan adanya pergerakan zarah - zarah udara kerana mengikut hukum fizik, udara di kawasan yang bertekanan tinggi akan bergerak ke kawasan yang berketekanan rendah. Apabila zarah - zarah udara menerima haba , zarah - zarah tersebut akan mengembang dan bergerak dalam kelajuan yang lebih tinggi. Zarah - zarah udara yang telah mengembang akan bergerak ke atas kerana bertumpatan rendah. Manakala, zarah - zarah udara yang bersuhu rendah akan kekl di bahagian bawah kerana bertumpatan tinggi.