Menu
Angin_suria SifatKomposisi angin suria adalah sama dengan komposisi korona matahari, iaitu kira-kira 73% hidrogen, 25% nitrogen dan selebihnya adalah bendasing.
Apabila angin suria sampai ke bumi, ia mempunyai kelajuan antara 200-889 kilometer sejam, ataupun purata 450 km/j. Oleh itu semua planet yang terdapat dalam sistem suria matahari adalah terdedah kepada zarah-zarah bercas ini.
Medan magnet bumi membalikkan sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Aktiviti tompokan matahari dan suar matahari meningkatkan kekuatan angin suria dan ini menambah tahap radiasi yang sampai ke bumi, hingga boleh merosakkan satelit dan stesen angkasa, yang akan menganggu sistem komunikasi bumi. Satelit dan stesen angkasa juga boleh mengalami pergeseran dengan angin suria dan ini yang akan memperlahankan orbit mereka, dan memberikan kemungkinan satelit tersebut terkeluar daripada landasannya dan terhempas ke bumi.
Struktur | ||
---|---|---|
Atmosfera | ||
Struktur | ||
Fenomena Matahari | Lubang korona · Gelung korona · Lentingan jisim korona · Gerhana · Fakula · Suar · Granul · Gelombang Moreton · Semarak · Sinaran (variasi) · Spikul · Tompok · Supergranulan · Angin | |
Topik berkaitan | ||
Menu
Angin_suria SifatBerkaitan
Angin Angin ahmar Angin Kencang (EP Noh Salleh) Angin pasat Angina Angin Baratan Angin Syurga Angin Monsun Barat Daya Angin lintang Angin CintaRujukan
WikiPedia: Angin_suria