Angka_Cina

Angka Cina ialah aksara yang digunakan untuk menulis nombor dalam bahasa Cina. Kini, penutur bahasa Cina menggunakan tiga sistem angka sekaligus, iaitu: sistem angka Arab yang digunakan di merata dunia, di samping dua sistem angka Cina yang wujud sejak zaman purba. Salah satu daripadanya adalah sistem angka Suzhou atau huama, yang lama-kelamaan diambil tempat oleh sistem perangkaan Arab. Inilah satu-satunya variasi sistem angka pol yang masih wujud, itupun hanya laris digunakan di pasar-pasar China, seperti di Hong Kong sebelum 1990-an. Satu lagi sistem angka Cina ialah sistem nombor bertulis yang masih dipakai ketika menulis nombor dalam bentuk panjang, seperti pada cek bank untuk mencegah pemalsuan. Sistem angka ini lebih kurang seakan-akan mengeja nombor dalam bahasa Melayu. Walaupun digolongkan sebagai sebahagian bahasanya, namun sistem aksara Cina tetap dikira sebagai sistem angka. Kebanyakan penutur bahasa Cina kini lebih mudah menggunakan sistem angka Arab.