Angkasa_lepas

Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit.[1] Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.