Angkatan_Amerika_Syarikat_Korea
Angkatan_Amerika_Syarikat_Korea

Angkatan_Amerika_Syarikat_Korea

Angkatan Amerika Syarikat Korea (USFK) adalah sub-markas bersepadu Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM). USFK adalah markas bersama dimana pasukan tempur A.S. akan dihantar ke komponen tempur Markas Angkatan Gabungan (CFC) Korea Selatan/AS (ROK/U.S.) — iaitu markas komponen gabungan tentera darat, udara, laut, marin dan operasi khusus. Elemen utama USFK termasuklah Tentera Darat Kelapan A.S. (EUSA), Tentera Udara A.S. Korea (Tentera Udara Ketujuh), Angkatan Laut A.S. Korea (CNFK), Pasukan Marin A.S. Korea (MARFORK) dan Pasukan Operasi Khusus Korea (SOCKOR). Ia telah ditubuhkan pada 1 Julai 1957.Misinya ialah membantu Markas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Markas Angkatan Gabungan dengan penyelarasan dan perancangan antara markas komponen A.S., dan menjalankan kawalan operasi tentera A.S. seperti yang diarahkan oleh Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat.USFK mempunyai kuasa Title 10, yang bermaksud bahawa USFK bertanggungjawab bagi mengatur, melatih dan melengkapkan tentera A.S. di Semenanjung Korea agar pasukan itu lebih tangkas, mudah disesuaikan dan bersiap sedia.Dengan 28,500 askar Amerika, kelasi, askar udara dan askar Marin di Korea Selatan, tentera A.S. di Korea Selatan adalah pasukan penting di rantau itu dan manifestasi utama sasaran kerajaan A.S. mengimbangi semula Asia-Pasifik. Misi USFK juga termasuklah merancang operasi pemindahan bukan kombatan untuk memastikan jika keperluan itu timbul, warga A.S. dan negara-negara lain yang sebelum ini bersetuju untuk dipindahkan dari tempat bahaya. Untuk tujuan ini, USFK menjalankan latihan rutin bagi memastikan proses ini berkesan, efisien dan teratur.