Angkatan_Islam_Singapura

Angkatan Islam Singapura atau ANGKASA (pernah dikenali sebagai Angkatan Islam) adalah sebuah parti politik Islam di Singapura yang diluluskan penubuhan secara rasmi pada 6 Ogos 1958 di Singapura. Pada peringkat awalnya, Angkatan Islam merupakan sebuah 'cabang' kepada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Angkatan Islam mendakwa mereka berjuang untuk kemajuan dan melindungi kepentingan orang Islam di Singapura[1].Angkatan Islam Singapura menyertai Pilihan Raya pada 1959 dan 1963 menggunakan nama Parti Islam Se-Tanah Melayu. Sesuai dengan perubahan Singapura yang telah merdeka pada tahun 1965, PAS Cawangan Singapura telah ditukarkan namanya kepada Angkatan Islam mulai awal tahun 1966[2]. Dalam Pilihan Raya 1972, Angkatan Islam Singapura menghantar calon di bawah gabungan United National Front (Barisan Bersatu Kebangsaan). Dalam Pilihanraya era 1980-an, Angkatan Islam membuat kemunculan semula dan bergerak sendirian.Pada 14 Mac 2011, Angkatan Islam secara rasmi menambah "Singapura" di belakang nama mereka menjadikan nama mereka sebagai Angkatan Islam Singapura atau "Angkasa".[3]

Angkatan_Islam_Singapura

Diasaskan 6 Ogos 1958 (1958-08-06)
Ideologi Islam
Demokrasi Islam
Pecahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ibu pejabat 20, Maxwell Road,
#09-17, Maxwell House,
Singapore 069113
Parlimen
0 / 89

Rujukan

WikiPedia: Angkatan_Islam_Singapura http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio...