Angkatan_Perpaduan_Ummah
Angkatan_Perpaduan_Ummah

Angkatan_Perpaduan_Ummah

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah merupakan satu perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar, oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahliyang merupakan Ummah (Umat) Islam, iaitu beragama Islam. Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996 selepas pemimpin Semangat 46 membuat keputusan parti itu dibubarkan. Sebahagian ahlinya menyertai UMNO sementara sebahagian lagi menyertai PAS.